LOGO







Asas logo ini ialah huruf 'G' yang membawa maksud "Guru Berkualiti" sepertimana yang ada pada logo Standard Guru Malaysia (SGM) dan juga IPGM.

Bulatan G membawa maksud "melentur buluh dari rebung" yang mana PLGDP ini menjadi peneraju kepada peningkatan, kecemerlangan dan kelestarian latihan keguruan khususnya melalui CPD iaitu "Continous Professional Development". Warna hijau buluh dalam 4 fasa warna pula bermaksud melentur buluh atau melatih guru bermula dari guru baharu hingga ke guru senior atau guru cemerlang.

Tiga anak panah yang berwarna kuning, merah dan biru iaitu warna asas Jalur Gemilang pula melambangkan 3 bidang utama latihan keguruan iaitu bidang ikhtisas, akademik dan profesionalisme guru atau kakitangan awam sepertimana yang pernah diilhamkan oleh Y.Bhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof, KPPM semasa menjawat jawatan sebagai Pengarah BPG.


Adalah diharapkan logo ini berupaya menjadi pemangkin kepada PLGDP Zon Tengah untuk meningkat maju bagi memenuhi fungsinya sebagai "Peneraju Kelestarian Kualiti Guru".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan