Selasa, 5 Februari 2013

Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012

Sementara itu pada 25 hingga 29 Ogos 2012, 5 hingga 9 September dan 11 hingga 15 September, sesi Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani di PLGDP Zon Tengah diteruskan lagi dengan Modul CCE5 bagi kesemua kelas di sini. Kelas-kelas ini telah dikendalikan oleh Mr Tim Dornermann dari United States Sports Academy, Alabama, USA

Seperkara yang menarik perhatian ialah kesungguhan seorang peserta wanita daripada kumpulan D, Norhasliza bt Zahari yang sanggup untuk mengikuti kelas walaupun baru tiga hari melahirkan bayi. Komitmen yang ditunjukkan oleh peserta wanita ini amat dibanggakan oleh warga PLGDP Zon Tengah yang turut sedaya upaya menyediakan penginapan yang berdekatan dengan bilik kuliah bagi membantu beliau.

Para pelajar kelas C berpeluang meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Mr Tim Donnermann yang ke 43 tahun. Mr Mike, pensyarah yang baru tiba dari USA turut hadir memeriahkan majlis.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan