Selasa, 23 Ogos 2016

Lawatan YBhg Dato' Haji Mahmud Bin Karim, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

Pada 14 Jun 2016 (9 Ramadan 1437 H), PLGDP Zon Tengah buat julung kalinya telah dikunjungi oleh YBhg Dato' Haji Mahmud bin Karim, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru. 

Kunjungan YBhg Dato' Pengarah adalah untuk mendapatkan makluman secara langsung berkaitan pentadbiran dan pengurusan PLGDP Zon Tengah serta kemudahan yang disediakan olehnya bagi menyokong dan mendokong kelestarian pendidikan guru. 

Pihak PLGDP Zon Tengah amat berbesar hati dengan kunjungan YBhg Dato' Pengarah selaku pemimpin ulung di Bahagian Pendidikan Guru dan berharap kunjungan YBhg Dato' Pengarah dapat menyuntik semangat dan memacu pengurusan PLGDP Zon Tengah dengan lebih cemerlang.

Terima kasih YBhg Dato'.

Ketibaan YBhg Dato' Pengarah disambut oleh Ketua Pusat

Sesi memperkenalkan kakitangan PLGDP Zon Tengah oleh Ketua Pusat

YBhg Dato' Pengarah menandatangani buku pelawat

Sesi penerangan ringkas oleh Ketua Pusat

Lawatan ke Pusat Operasi


Melihat keadaan Residensi Tetamu


Melihat keadaan Residensi Peserta

Lawatan ke Bilik Kuliah Nilam


Lawatan ke Dewan Makan

Sesi bergambar bersama YBhg Dato' Pengarah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan