FASILITI PENGINAPAN

PLGDP Zon Tengah mempunyai dua buah blok kediaman iaitu Blok Delima (A) dan Blok zamrud 9B) yang menempatkan;
  • 28 buah residensi atau unit kediaman biasa tanpa hawa dingin yang boleh menempatkan 5 orang penghuni setiap satu.


  • 2 buah residensi atau unit kediaman berhawa dingin di Blok Delima untuk kegunaan pegawai-pegawai KPM Gred DG54 atau berjawatan Timbalan Pengarah ke atas atau mana-mana yang setaraf dan hadir bukan atas kapasiti sebagai peserta program. Sebagai contoh, dalam rangka lawatan rasmi, merasmi atau menutup sesuatu program dan sebagainya.

Berikut merupakan antara kemudahan penginapan yang disediakan di PLGDP Zon Tengah.
  • Lima buah katil 'single' bertilam bagi residensi biasa dan sebuah katil bersaiz 'queen' dan tiga katil bersaiz 'single' bagi residensi berhawa dingin.
  • Set televisyen
  • Set sofa
  • Rak kasut
  • Cermin besar
  • Seterika dan papan seterika
  • Peti sejuk
  • Pemanas air
  • Penyidai pakaian di dalam bilik.
  • Penyidai pakaian di luar bilik (blok A sahaja) 
  • Bakul sampah 
  • Selipar tandas 
  • Sejadah - atas permintaan
  • Set penginapan - sarung bantal, cadar dan selimut (comforter) - atas permintaan. Peserta program dilarang sama sekali tidur tanpa alas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan