Ahad, 17 Jun 2012

Malam Bakar Sate dan Panggang Ikan

Bertempat di PLGDP Zon Tengah, warganya berkumpul untuk sama-sama memeriahkan Malam Bakar Sate. PK Baharuddin dan PK Amin menjadi chef pada malam itu dengan hidangan sate, ikan tilapia, nasi impit dan burger yang dibawa oleh Pn Nurhidayati khas dari Dino Burger. Selain makan-makan, warga PLGDP turut menyumbangkan suara dengan nyanyian karaoke. Turut sama memeriahkan malam tersebut ialah peserta KDP4M yang tidak pulang ke rumah pada hujung minggu.











Sabtu, 16 Jun 2012

Kem “SMART” Peringkat Daerah Hilir Perak Penggal 1/2012


Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama PLGDP Zon Tengah telah menganjurkan Kem “SMART” Peringkat Daerah Hilir Perak Penggal 1/2012 pada 13 hingga 14 Jun 2012. Program selama dua hari ini telah disertai oleh 30 orang pelajar Kolej Komuniti Teluk Intan dan Pusat Giat Mara, Teluk Intan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah promosi aktiviti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia dan AADK sendiri.








Bengkel Pembinaan Soalan Latih Tubi Jawi Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak 2012


Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak telah mengadakan Bengkel Pembinaan Soalan Latih Tubi Jawi Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak 2012 pada 28 hingga 31 Mei 2012. Selain pegawai SPI, JPN Perak, seramai 20 orang guru agama dari sekolah-sekolah sekitar Perak turut hadir.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan bagi Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kohot 2/2012


Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan bagi Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kohot 2/2012 telah berjaya dilaksanakan sekali lagi di sini. Kursus anjuran Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, KPM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bermula pada 25 Mei 2012 dan tamat pada dua hari kemudian iaitu pada 27 Mei 2012. Seramai 62 orang guru sekolah rendah dan menengah dalam kategori SAR telah menghadirkan diri dengan dibantu oleh 4 orang penceramah daripada IPGK Ilmu Khas.









Bengkel dan Taklimat Khas Urusan perkhidmatan bagi SABK Perak


Seramai 30 orang pembantu tadbir dan pegawai BPI telah menghadiri Bengkel Kerja dan Taklimat Khas Urusan perkhidmatan bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak. Bengkel anjuran Bahagian Pendidikan Islam, KPM telah berlangsung mulai 13 hingga 16 Mei 2012


Mesyuarat Pra Penyerahan Makmal Bahasa PLGDP Zon Tengah


Mesyuarat Pra Penyerahan Makmal Bahasa PLGDP Zon Tengah telah diadakan pada 10 Mei 2012. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh pegawai dari Jabatan Kerja Raya Hilir Perak dan turut dihadiri oleh wakil PLGDP Zon Tengah dan kontraktor yang terlibat.




Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 4 Minggu MBMMB IPGK Ipoh


IPGK Ipoh dengan kerjasama JPN Perak, Selangor dan Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 4 Minggu MBMMBI bertempat di sini pada 2 hingga 25 Mei 2012. Seramai 50 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang dibahagikan kepada dua bidang iaitu Pemantapan Tatabahasa dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan Teater dalam pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Satu jamuan BBQ telah diadakan pada malam hari terakhir kursus. Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Tn Hj Mat Akhir bin Hj Abdullah, Timbalan Pengarah IPGK Ipoh pada 25 Mei 2012.