Jumaat, 10 Ogos 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan bagi Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kohot 3/2012

Buat kali ketiga, PLGDP Zon Tengah telah dijadikan premis latihan bagi memberikan kursus kepada 120 orang guru-guru sekolah agama rakyat (SAR). Program Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan bagi Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kohot 3/2012 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 6 hingga 8 Julai 2012. Cik Norliza binti Yusof, Penolong Pengarah Sektor Kompetensi PDP, BPG turut hadir dan menyampaikan sijil kehadiran di hari penutup.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan