Isnin, 19 Mac 2012

Program Latihan Guru Prasekolah Swasta (PLGPS) Jabatan Pembangunan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

PLGDP Zon Tengah telah dipilih sebagai lokasi pembelajaran bagi Program Latihan Guru Prasekolah Swasta (PLGPS) Jabatan Pembangunan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Seramai 112 orang Guru Prasekolah atau Tabika Perpaduan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah menghadiri program tersebut. Program ini turut dijayakan oleh 12 orang Jurulatih Utama yang terdiri daripada guru-guru Prasekolah KPM di sekitar Perak. Selain tenaga pengajar tersebut, program ini turut dibantu oleh 3 orang fasilitator dari JPN Perak dan PPD Hilir Perak.

Pada Jumaat, 16 Mac 2012, para peserta telah dikunjungi oleh 2 orang pegawai daripada Unit Pembangunan Profesionalisme Guru, BPG iaitu Tn Hj Ahmad Syar'e dan En. Shaharuddin Said. Program yang dijangka tamat pada 21 Mac 2012 ini akan diakhiri dengan Majlis Penutup sebaik sahaja selesai peperiksaan. Majlis Penutup ini dijangka akan dirasmikan sendiri oleh Penyelaras PLGDP Zon Tengah yang turut dilantik sebagai pemantau bagi keseluruhan program di sini.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan