Jumaat, 8 Februari 2013

Program Motivasi Pengawas STAR 2013

Pada 1 hingga 2 Februari 2013, seramai hampir 80 orang pengawas dan 10 orang guru SMK Tun Abdul Razak (STAR), Selekoh, Perak telah hadir ke sini bagi menyertai Program Motivasi Pengawas STAR  2013. Pelbagai bentuk pengisian seperti ceramah, riadah dan keagamaan telah diadakan. Dua orang Pensyarah dari MSU University turut hadir menyumbangkan kepakaran mengendalikan sesi 'Ice Breaking'. 













Mesyuarat Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan PLGDP Zon Tengah dan Kursus Pembersihan

Pada 23 Januari 2013, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan PLGDP Zon Tengah di antara kakitangan PLGDP Zon Tengah dan para pekerja Syarikat Mail Ideas, kontraktor pembersihan kawasan yang telah dilantik. Pelbagai perkara dan isu telah dibincangkan, antaranya berkaitan perkhidmatan, kebajikan, tatacara bekerja, spesifikasi kerja dan prosedur kerja.



Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, satu kursus prosedur pembersihan dan spesifikasi pembersihan telah dilaksanakan pada 25 Januari 2013. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Muhammad Khairi bin Amnan, pengurus teknikal PLGDP Zon Tengah yang berpengalaman bekerja dalam bidang "Housekeeping" di salah sebuah hotel ternama di Perak.







Program Motivasi Kepimpinan Pengawas SK Sungai Sumun

PLGDP Zon Tengah membuka tirai dengan penganjuran Program Motivasi Kepimpinan Pengawas SK Sungai Sumun, Perak. Seramai 30 orang murid dan 5 orang guru telah dilibatkan di dalam program ini. Program motivasi untuk para pengawas sekolah ini turut disertai oleh pengawas PSS dan Ketua Kelas. Beberapa orang fasilitator yang telah dijemput khas untuk mengendalikan program selain dibantu oleh guru-guru sendiri.







Khamis, 7 Februari 2013

Pemantauan Pelaksanaan Amalan 5S PLGDP Zon Tengah

Pada 17 Disember 2012, tiga orang pegawai dari Bahagian Pendidikan Guru telah hadir ke PLGDP Zon Tengah bagi melaksanakan tugas-tugas pemantauan dan penilaian Amalan 5S. Pn Azizah binti Md Noh, Pn. Sharifah Hasliza bt Syed Ali dan Pn Rozamaizura bt Yahya. Rombongan ini telah dibawa melihat kemudahan di sini dan sejauhmana 5S diamalkan, Sesi pemantauan ini diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang telah disediakan oleh satu-satunya kakitangan yang masih bertugas iaitu Pn Nurhidayati bt Mohd Masdar.


 


Rabu, 6 Februari 2013

Taklimat Pentaksiran STPM 2013

PLGDP Zon Tengah menutup tirai bagi program yang dianjurkan di sini pada 2012 iaitu Taklimat Pentaksiran STPM 2013 yang diadakan pada 28 hingga 29 Disember 2012. Taklimat ini merupakan anjuran Sektor Akedemik, JPN Perak.

Bengkel Perancangan Strategik Pelaksanaan Penaziran JNJK Selangor 2013

Bengkel Perancangan Strategik Pelaksanaan Penaziran JNJK Selangor 2013 telah diadakan di sini pada 12 hingga 14 Disember 2012. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ketua Nazir Negeri dan disertai oleh semua Nazir Negeri Selangor.





Kursus PdP Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Selangor 2012, Aktiviti Berbasikal

Pada 5 November hingga 6 November 2012 PLGDP Zon Tengah telah dijadikan tempat taklimat dan penginapan bagi 60 orang guru yang mengikuti Kursus PdP Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Selangor 2012, Aktiviti Berbasikal. Program ini telah diurusetiakan oleh En. Ahmad Ridzuan bin Haji Kadir, Penyelaras Pusat Kokurikulum JPN Selangor.



Selasa, 5 Februari 2013

Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012

Sebanyak 8 lagi kali interaksi bersemuka telah diadakan di PLGDP Zon Tengah bagi menyempurnakan Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani bagi tahun 2012. Beberapa orang pensyarah dari United States Sports Academy, Alabama, USA telah hadir mengendalikan program di sini. Antaranya ialah Dr Charles Temple, Dr Tim deVinney, Mr Tim Donnermann dan Mr Mark. Selain itu dua orang pensyarah iaitu Pn. Kok dan En. Muhamad Dahlan dari IPGK Ilmu Khas turut hadir mengendalikan modul keperluan MQA iaitu Hubungan Etnik dan Seni Dalam Pendidikan.

Pada malam terakhir program, para peserta kursus dan pensyarah telah diraikan oleh warga PLGDP Zon Tengah dalam satu jamuan ala BBQ. Pelbagai aturcara telah dijalankan seperti ucapan perpisahan, memotong kek ulang tahun kelahiran bulan Disember, nyanyian karaoke dan banyak lagi.

Warga PLGDP Zon Tengah merakamkan ucapan terima kasih, Selamat Tinggal dan Jumpa Lagi kepada semua pensyarah, penyelaras program dan peserta DAPJ 2012 Zon Tengah, Kumpulan A, B, C dan D. Sayonara!