Selasa, 8 Mei 2012

Terima kasih

Cik Ruziana bt Sekon, Pegawai Tadbir Kontrak di PLGDP Zon Tengah telah mengakhiri tugasnya pada 27 April 2012 kerana telah tamat kontrak setelah berkhidmat selama 6 bulan di BPG dan PLGDP Zon Tengah. Pihak pengurusan PLGDP Zon Tengah merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat Maju Jaya di tempat tugas yang baru. 



Bengkel SEKATA: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita

Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Hilir Perak dengan kerjasama PLGDP Zon Tengah telah menganjurkan "Bengkel SEKATA: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita" pada 4 hingga 6 Mei 2012. Seramai 40 orang pelajar telah dilibatkan di dalam program ini disamping penglibatan wakil-wakil NGO, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan JPNIN yang diketuai oleh Tn.Haji Ayub bin Mohamed, AMP, PPT Timbalan Presiden Mapim Malaysia dan YDP MAPIM Perak.





Bengkel Penyediaan Modul Transformasi PDP Murid Natif Digital

Unit Data dan Pengurusan Maklumat, BPG telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Modul Transformasi PDP Murid Natif Digital pada 2 hingga 4 Mei 2012. Bengkel yang dipimpin oleh En. Nizad Bakti bin Asuar ini telah disertai oleh seramai hampir 30 orang yang terdiri daripada JU ICT negeri dan pegawai-pegawai dari beberapa bahagian di KPM.



Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Bagi Guru Sekolah Agama rakyat (SAR) Kohot 1/2012

Buat julung kalinya PLGDP Zon Tengah telah terpilih sebagai venue bagi penganjuran Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Bagi Guru Sekolah Agama rakyat (SAR) Kohot 1/2012. Kursus yang bermula pada 27 April dan berakhir pada 29 April 2012 ini telah dihadiri oleh seramai hampir 60 orang guru. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh wakil Pengarah BPG, E. Saharim bin Shafie.





Mesyuarat Perguruan Pendidikan Islam Rendah j-QAF

PPD Hilir Perak dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak telah menganjurkan Mesyuarat Perguruan Pendidikan Islam Rendah j-QAF Kali ke 2 di sini. Seramai 19 orang guru, pegawai PPD dan JPN telah menyertai mesyuarat selama dua hari tersebut iaitu bermula dari 23 hingga 24 April 2012.




Kem Tunas Gemilang Elit 2012 - SMK Hutan Melintang

SMK Hutan Melintang telah berjaya melaksanakan Kem Tunas Gemilang Elit 2012 pada 21 dan 22 April 2012. Kem ini telah disertai oleh seramai 40 orang pelajar sekolah tersebut.




Bengkel Pemilihan Instrumen Kelas Kemahiran Al Quran Siri 1

Pada 16 hingga 18 April 2012, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Pemilihan Instrumen Kelas Kemahiran Al Quran Siri 1. Bengkel ini telah dihadiri oleh 25 orang guru-guru Al Quran daripada beberapa buah SABK di Perak.



KDP4M MBMMBI IPGK Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama IPGK Bahasa Melayu telah melaksanakan program Kursus dalam Perkhidmatan 4 Minggu MBMMBI di sini. Seramai hampir 50 orang guru telah menyertai program tersebut. Terdapat dua kelas dalam program ini iaitu kelas Inovasi PDP dalam Bahasa Melayu dan kelas Pemikiran dan Kritikan Sastera. Program yang berlangsung selama 4 minggu bermula dari 2 hingga 27 April 2012 ini telah diakhiri dengan Jamuan BBQ dan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah dan Sijil oleh Dr. Hj Ali bin Hj Mahmood, Timbalan Pengarah IPGK Bahasa Melayu.