Selasa, 3 April 2012

Lawatan PLGDP Zon Utara, Sungai Karangan, Kulim

PLGDP Zon Utara, Sungai Karangan, Kulim telah mengadakan kunjungan silaturrahimi ke PLGDP Zon Tengah pada Jumaat, 22 Mac 2012. Seramai 20 orang warga PLGDP Zon Utara, termasuk Penyelarasnya, En. Hasmidi bin Jusoh telah hadir. Selain mengadakan lawatan, rombongan turut dijamu dengan jamuan ala seafood oleh pihak S.F Catering, penguasaha penyediaan makanan utama di sini. Kunjungan ini berakhir pada pukul 1.00 tengah hari di mana rombongan ini mengadakan lawatan ke Pulau Pangkor. Insyaallah, kami akan membalas lawatan ini...



Program Khemah Akademik (UPSR) 2012 Fasa 1



Pada 31 hingga 1 April 2012 SK Tanjung Bayan, Hutan Melintang telah mengadakan Program Khemah Akademik (UPSR) 2012 Fasa 1 untuk para pelajar Tahun 6. Seramai 10 orang guru dan 50 orang pelajar telah dilibatkan dalam program tersebut. Guru Besar SK Tanjung Bayan, Puan Radin Siti Badariah binti Radin Jawadi telah sudi hadir bersama sepanjang program tersebut.

Kursus Motivasi Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)


Sebagai menyokong fungsi PLGDP untuk membantu komuniti pendidikan tempatan, PLGDP telah menjadi tuan rumah dalam Kursus Motivasi Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Seramai 150 pelajar Tingkatan Satu dan pelajar Tingkatan Dua dalam jumlah yang sama telah mengikuti kursus tersebut yang dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa 1 untuk pelajar Tingkatan Satu manakala Fasa 2 untuk Tingkatan Dua. Kursus selama dua hari tersebut iaitu pada 23 hingga 25 Mac 2012 turut dihadiri oleh Pengetua SEMESTI.






Kursus Induksi Pensyarah Baru IPG

PLGDP Zon Tengah telah terpilih sebagai lokasi bagi penganjuran Kursus Induksi Pensyarah Baru IPG pada 26 hingga 29 Mac 2012.Hampir 100 orang pensyarah,fasilitator dan urusetia daripada 5 buah IPG iaitu IPGK Ilmu Khas, IPGK Teknik, IPGK Bahasa Melayu, IPGK Bahasa Antarabangsa dan IPGK Pendidikan Islam yang turut merupakan urusetia bagi kursus tersebut.Tn Hj Osman bin Hussin, Pengarah IPGK Pendidikan Islam telah sudi hadir merasmikan pembukaan kursus pada 26 Mac 2012 manakala Datin Siti Hanipah binti Madarsa , Pengarah IPGK Bahasa Melayu telah menutup kursus tersebut pada tengah hari 29 Mac 2012. 

Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Osman bin Hussin

Ucapan Penutup olehDatin Siti Hanipah binti Madarsa



Selain pensyarah kanan daripada kelima-lima buah IPG tersebut, fasilitator kursus ini turut melibatkan Timbalan Pengarah IPG-IPG tersebut. Sepanjang empat hari ini, pelbagai aktiviti padat telah diadakan seperti sesi ceramah, perbincangan, pembentangan, senaman dan aktiviti riadah, aktiviti kerohanian dan agama serta tidak ketinggalan jamuan ala barbeque pada malam terakhir kursus.

Bengkel Penyediaan Modul Latihan 1 Murid 1 sukan bagi Guru Penasihat Sekolah Siri 2/2012

Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Bahagian sukan, KPM telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Modul Latihan 1 Murid 1 sukan bagi Guru Penasihat Sekolah Siri 2/2012. Bengkel ini telah dihadiri oleh hampir 30 orang guru-guru pakar dari seluruh negara dalam sukan dan permainan seperti ragbi, sofbol, gimnastik, futsal dan senam robik . Bengkel yang bermula pada 20 mac dan berakhir pada 23 Mac 2012 telah diurusetiakan oleh En. Rosikin bin Saidun, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Profesionalisme Guru, BPG.


Bengkel Pembinaan Item Bahasa Arab PMR/SPM Negeri Perak Tahun 2012

Bengkel Pembinaan Item Bahasa Arab PMR/SPM Negeri Perak Tahun 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya di PLGDP Zon Tengah. Bengkel selama tiga hari tersebut telah bermula pada 21 dan berakhir pada 23 Mac 2012. Seramai 80 orang guru-guru Bahasa Arab dari sekolah-sekolah menengah sekitar negeri Perak telah menghadirinya