Isnin, 19 Mac 2012

Program Latihan Guru Prasekolah Swasta (PLGPS) Jabatan Pembangunan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

PLGDP Zon Tengah telah dipilih sebagai lokasi pembelajaran bagi Program Latihan Guru Prasekolah Swasta (PLGPS) Jabatan Pembangunan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Seramai 112 orang Guru Prasekolah atau Tabika Perpaduan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah menghadiri program tersebut. Program ini turut dijayakan oleh 12 orang Jurulatih Utama yang terdiri daripada guru-guru Prasekolah KPM di sekitar Perak. Selain tenaga pengajar tersebut, program ini turut dibantu oleh 3 orang fasilitator dari JPN Perak dan PPD Hilir Perak.

Pada Jumaat, 16 Mac 2012, para peserta telah dikunjungi oleh 2 orang pegawai daripada Unit Pembangunan Profesionalisme Guru, BPG iaitu Tn Hj Ahmad Syar'e dan En. Shaharuddin Said. Program yang dijangka tamat pada 21 Mac 2012 ini akan diakhiri dengan Majlis Penutup sebaik sahaja selesai peperiksaan. Majlis Penutup ini dijangka akan dirasmikan sendiri oleh Penyelaras PLGDP Zon Tengah yang turut dilantik sebagai pemantau bagi keseluruhan program di sini.

















Terima kasih

Noor Aquia binti Mohamad Emla, Pembantu Tadbir Kontrak di PLGDP Zon Tengah telah menamatkan tugasnya pada 16 Mac 2012 kerana telah ditawarkan jawatan tetap selaku Jururawat Desa di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak pengurusan PLGDP Zon Tengah merakamkan ucapan terima kasih dan Selamat Maju Jaya di tempat tugas yang baru.

Program Daurah IKRAMTeens 2012

Banner program
Suasana pendaftaran



Peserta wanita








Peserta lelaki
 Pada hujung minggu kedua bulan Mac iaitu mulai dari 10 hingga 11 Mac 2012, satu kerjasama antara pihak pengurusan PLGDP Zon Tengah bersama dengan NGO tempatan iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia Teluk Intan telah melangsungkan Program Daurah IKRAMTeens 2012. Program berbentuk motivasi kerohanian ini telah disertai oleh hampir 60 orang pelajar sekolah menengah daripada beberapa buah sekolah di daerah Hilir Perak dan daerah berhampiran. Adalah diharapkan program-program berbentuk kerjasama dengan komuniti setempat ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap.

Ahad, 18 Mac 2012

Bengkel Kerja Pembinaan Item Bagi Instrumen Kajian Semula Norma Perjawatan Guru KPM


Bengkel Kerja Pembinaan Item Bagi Instrumen Kajian Semula Norma Perjawatan Guru KPM anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah dilaksanakan dengan jayanya di PLGDP Zon Tengah pada 7 hingga 10 Mac, 2012. Bengkel yang diuruskan oleh BPSM, KPM ini telah turut disertai oleh hampir 30 orang wakil sekolah-sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan bahagian-bahagian berkaitan di KPM selain daripada para pegawai dari BPSM sendiri.